Snow

Wednesday, 27 July 2016

SELAMAT HARI RAYA

Di kesempatan ni saya ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
Maaf Zahir Dan Batin
Dari kami Sekeluarga .
Dzul,Nurul.Dania.Dani.Danischa.Darlena

Saya share moment kami ketika Phootshoot saya tahun 
Moga kita berkesempatan lagi bertemu di Tahun Hadapan 

Abang sangat sporting ....Terbaik abang....
semua hencem2...

Adik Sporting dan comei 

Fail!!!!!!!!!

Kakak sangat tak sporting....Stress ibu tau 

Danischa Pulak Sangat Happy sehingga tidak duduk diam ...
Semua cambar candid

Husband....ermmm
Kenapalah awak depan orang pemalu sangat......


Apa pun ....yang Penting Happy....:)



Thursday, 17 March 2016

BUKA PINTU HATI DAN ALLAH MEMBUKA PINTU REZEKI KITA

Salam semua.......

Rasanya sudah lama tidak mula menulis dalam Dairi Hati ini , 

Kini sudah genap 2 tahun saya tinggal di rumah baru . Keluarga saya sudah mula menerimanya. Dan hubungan saya dengan ipar saya mula berbunga kembali . Pada mulanya saya ngin terus menjauhkan diri dari mereka. Namun saya kesian melilhat Suami saya yang mungkin menrindu mereka. 

Pada mulanya suami saya sendiri tidak mahu lagi pergi dan bermalam di Rumah ibunya. Selepas beberapa kali saya memujuk dan mengajaknya dia mula berlembut. Saya sendiri jika ikutkan kata hati dan dendam mungkin tidak akan kembali kerumah Mertua saya. 

Saya mula mengalah dan mengalah ...membuka pintu rumah saya untuk mereka 
Menerima kembali mereka....saya melupakan apa yang terjadi. Saya pejam mata saya dan telan segalanya supaya tertanam dalam-dalam perasan sedih itu . Saya perlu kuat untuk membahagiakan orang tersayang. 

Saya kesian melihat ibu mertua saya dan saya menerima segalanya . Saya hanya memikirkan mertua saya yang tua dan kurang sihat. Saya tahu mertua saya sayangkan anak-anak saya, Namun Saya ibu mereka tidak sanggup juga menjawab soalan-soalan dari anak-anak. 

Jika saya ibu yang jahat mingkin saya telah meracun pemikiran anak-anak saya supaya melupakan dan membenci keluarga suami saya. Namun saya tidak sanggup untuk berbuat demikian . Saya tak mahu ada perasaan benci, dendam dan sakit di dalam diri anak-anak saya.....Berat hati untuk menerima kembali kelaurga Suami saya namun saya cuba melawan perasan saya. Sering saya memohon kepada yang maha ESA suapay melembutkan hati saya dan suami untuk menerima yang baik dan menolak yang jahat dari diri kami . 

Walaupun saya sakit dan lukanya hati saya saya redha segalanya. Saya buka hati untuk menringakan mulut mempelawa keluarga Mertua saya datang bertandang kerumah. Walau saya tahu dulunya Ipar saya pernah Beritahu yang dia "Tidak akan jejakkan kakinya kerumah saya" saya sering mempelawa mereka setiap kali berjumpa. Saya salam dan cium pipi mereka tanda saya sayang mereka biarpun hati saya luka. Luka dan terluka. Saya tutup perasan dan kuatkan diri menjejakkan kaki saya kerumah mertua saya. 

Lama juga rasanya. Allah memberikan saya Hasil dan rezeki yang baik. Saya di datangi oleh Keluarga mertua saya selepas melahirkan bayi saya yang ke-4. Anak kami juga yang mengeratkan silaturahim kami. 

Saya menerimanya dengan baik. walaupun ada bunyi-bunyi yang tidak baik . namun saya pekakkan telinga dan kunci mulut tinggalkan hanya senyum dan senyum...( hipokritnya saya ketika itu ) 

Sebelumya Kakak ipar saya dahulu telah bertandang kerumah . Saya menerimanya juga dengan hati yang terbuka. Biar pun saya tahu ada perkara lain di sebaliknya. Saya minta Allah melindungi kami dari segala perkara jahat dan tidak baik. 


Kini hubungan saya dan keluarga suami saya lebih baik dari sebelumnya. Saya lebih matang dalam menyelesaikan masalah. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini , saya akan lebih menyimpan rahsia saya dan suami selepas ini jugak. Tidak semua harus di ceritakan . saya perlu lebih berani dan matang, 

Terima Kasih Ya Allah .....
Aku bersyukur dengan rezeki yang engkau berikan 
Bila kita membuka pintu hati dan pintu rumah kita untuk keluarga kita 
Allah membukakan pintu rezeki kita seleuas-luasnya. 

Alhamdullilah , Walau kadang-kadang duit hampir habis namun ada selepas itu duit lain yang masuk dan rezeki dari seseorang yang bermurah hati memeberikan kepada kami . Kadang-kadang saya risau kerana saya tiada wang untuk kepejabat. Saya kepejabat dengan tangan yang kosong. Sesampai di pejabat bila tiba waktu makan tenggahati ada yang ingin belanja saya makan ketika itu. Tiba waktu pulang kerumah saya sedih kerana tiada membeli apa -apa makanan untuk anak dirumah. Dan memikirkan apa yang handak di masak kerana tiada bekalan makanan dan barang dapur telah habis.Sampai di rumah saya mendiamkan diri dan segera siapkan anak-anak suapaya nampak sibuk.

Namun allah memgetahui isi hati anak-anak saya Allah handarkan Rezeki dalam bentuk lain. Jiran saya memberikan saya sedikit makanan. Katanya masak lebih dan memang ingin beri pada saya. 

Saya begitu bersyukur. Sebab itu saya tidak pernah menyesal atau kesal beranak ramai mana. Kerana saya percaya akan rezeki Allah. Saya percaya setiap Anak ada rezeki masing-masing. Yang kita perlu melahirkan anak yang berkualiti untuk Agama kita. . Insya Allah. 

Salam sayang dari saya......

Wednesday, 18 November 2015

KARIPAP RANGUP

Salam semua,

Saya dah boleh menjamu keluarga dengan karipap buatan sendiri
Hari ini saya nak share cara saya biki karipap ranggup.

Siapa -siapa yang tak tahu bagaimana nak buat karipap yang mudah dan senang boleh ikut resepi saya jika mahu .

Karipap Inti Kentang


Bahan

  • 3 Cawan Tepung Gandum ( diayak ) 
  • 1/2 Minyak masak yang telah dipanaskan 
  • 1 sudu kecik marjerin 
  • Secubit garam 
  • Sedikit Air


Cara mudah sahaja

  1. Mula-mula ayak tepung ( ketepikan ) 
  2. Campurkan sedikit garam tadi 
  3. Panaskan minyak masak ....
  4. Kemudian masukkan minyak kedalam tepung tadi 
  5. Uli sehingga sebati bersama tu tuang air sedikit-sedikit 
  6. Campurkan Marjerin dan uli sehingga adunan tidak meletak pada bekas dan tangan 
  7. Kemudian boleh jadikan doh kecik-kecik 

ehsan gambar pak google 

8 . Siapa semua jadi kan doh kecik kecik-kecikkan . bnoleh lah mula canai ( leperkan ) 
Siap leperkan , masukkan inti karipap di tengah-tengah .
Paling tak tahu pun bolah klip menggunakan acuan karipap yang beli dikedai tu.
Nak cantik klip , Sapu telur di kawasan nak klip tu .

Habis semua doh siap jadi karipap boleh mula goreng.


Selamat Mencuba 


Senang Ringkas Tapi mesti sedap 

Salam Sayang

ANAK TIDAK AKAN KEMBALI KECIK

Salam sayang blogger dan pembaca, 

Sekarang jam menunjukan 3.42petang, Perasan ingin pulang nak pelung serta dakap anak kuat-kuat mula terasa. 

anak oh anak 
Anak kecik kita tidak akan kembali menjadi bayi dan kanak-kanak, 
Ingat lah sahabatm, anak kita akan terus membesar dan membesar, Pengalaman dan kebahagaian kita semasa dia kecik akan erat terikat di simpan , Namun jika tiada nikmat masa kecik mereka bagaimana mereka nak kenang bila dewasa. 

Kadang-kadang bila kita balik kerja ...
Penat ....
Stress..
Nak Marah ....

anak merengek nak manja , Nak perhatian kita ., 
Kita marah , Kita herdik , Bagi Ipad atau handphone supaya dia diam . 
Masa mereka tidur kita cium peluk mereka 

Ingat yer anak tu tak tahu yang kita peluk dan cium dia masa dia tidur. 
Yang dia tahu mak dan ayah dia suka marah dia . 
Tak peluk cium dia sibuk dengan kerja dan urusan masing-masing. 

Seperkara lagi , Anak kecil tidak mengerti apa-apa 
yang mereka tahu untuk memuaskan hati mereka 
Apa yang  dia nak dia tahu , yang kita nak dia tak akan tahu . Dia tak faham pun 
Bab anak-anak Ibu mereka yang banyak urusakan . Sedangkan ibu juga berkerja 
Ayah tahu tanggungjawab namun lelaki ...,..

Seorang lelaki bila penat hanya tahu merehatkan diri. 
Nak rehat , nak sendiri. nak tengok TV sendiri tak nak anak-anak kacau 

Jik si Isteri penat , stresss atau lapar tetap kena tengok anak, dukung anak dan uruskan anak-anak 
Mengapa anak lelai rapat dengan ibu , Ramai yang menyatakan anak lealki ganas dan suakr dikawal
Jika bersama ibu yang lembut anak akan menjadi lembut dan penyanyang. 

Namun tahu tak kita bahawa anak itu sebenarnya mudah di bentuk dengan ibu kerana ibu mengunakkan perwatakan  Perwatakan perempaun yang lembut dapat mengawal emosi seseorang walaupun kanak-kanak 

Kadang-kadang anak lelaki perlu didikan seperti seorang lelaki namun tidak sepertinya semua perkara perlu kasar dan ganas. 

Ingat lah tanam kasih sayang , Nilai murni dan perasan mulia dalam diri anak-anak semesa meeka kecik./ Jika anak dah dewasa semua mungkin terlambat kerana anak lebih selesa dengan dirinya yang lama. 

Pastikkan anak-anak tidak meningalkan solat semasa mereka kecik lagi . Mereka itu akan  menjadi rutin harian yang mudah sehingga mereka dewasa kelak. 

Rasanya sampai sini sahaja, Kerana saya tahu ibu bapa kita mempunyai fikiran dan cara yang baik untuk mennagani anak -anak 

Namun ingat yer saat anak kecik hanya sekali , Hargai masa kecik mereka . 
Bina kenangan masa kecik mereka dengan kita yang ingat dan bermakna. 

Salam sayang 

Friday, 22 May 2015

KEK atau APAM LOBAK MERAH

Selamat Pagi blogger , 
Pagi ini saja nak share Resepi mudah saya untuk anak-anak sarapan di pagi hari , 
Ini adalah contohnya, Mudah cepat dan sedap 
yang penting lembut dan anak suka. 
Kalau nak lagi lembut dan naik gebu bolehlah tambah sendiri 
Ovalette ( colour kuning yang lembik ada jual di kedai bakery ) 

Tapi saya memang tak suka menda alah tu, 
Kerana bukan semua ovalette halal dan kebanyakkan buatan tangan cina. 

Jom cuba 


Monday, 18 May 2015

MUSIM DURIAN KEMBALI

Salam semua pembaca blogku. 

Kini musim durian akan datang lagi 
Kali ini saya dah dekat nak bersalin dah woiii....
durian mai pulak 

Tapi masa saya mengandungkan anak No-2 
1 hari sebelum saya masuk labour room saya masih sempat balik kampung kutip dan makan durian 
Pulak tu durian pasai saya dapat makan . 
Memang rezeki anak 

Keluar anak no-2 gila tengok durian , gila makan durian , semua pasal durian dia orang pertama yang sangat happy 
kami tumpang happy tengok dia. 

Ini dia Putra Dani Huzaimi nama di beri 

Masa ini dia berumur 2 tahun 

Durian kalau beli ..mahai oiiiiiii, nasib baik kami orang kampung jadi nak makan durian di musim durian tu ada juak merasa, 

Dan nak tanyang sikit Selfie suami ku bersama durian yang dia kutip 
Jangan tak tahu dia kutip seorang diri yer,,
Bapak ku hanay membantu sikit-sikit sahaja. suami ku memang suka mengutip buah durian , 
Kalau balik kampung kutip durian bagi lah padanya. Dan durian tu dia tidak makan sangat pun. Kalau makan dia akan makan yang sedap sahaja. 

Ok musim kutip durian 

Mulalah dia keluarkan apa barang nak di bawa balik kampung 
  • Sarung tangan 
  • Kasut 
  • Stokin 
  • Baju make sure lengan panjang
  • Ubat nyamuk (Memang Untuk Kami) 
  • Tikar ( untuk Isteri dan anak-anak dia ) 
  • Air 
  • Makanan sampai petang dia siap beli 
  • Baju anka-anak 
  • Tuala 
  • Selipar 
  • Parang 
  • Bekas kosong ( Ini lawak sebab dia tak suka menbazir. durian yang lama dia kopek isi dalam bekas ) 
  • Segala Plastik besar 
  • Guni kalau ada 
  • Jangan lupa Troli 
Ini dia takkan lupa . Belum kebun sendiri, Kalau kebun sendiri tak tahu macam mana suami ku . 
Nak tengok dia selfie dengan durian hasil kutipan dia.





Syok dia jamu korang dengan duriankan . 

Boleh meniaga tepi jalan sepanjang balik tu . Tapi durian siapa tak sukakan . Jadi balik rumah beragih adik beradik sebelah saya dan suami. Bagi jiran tetangan sikit-sikit 

Kami sikit wahhhh.....memang seronok 
sampai muntah cium bau durian ini 
Nak bagi kawan opis takut mereka tak nak datang jauh. 
Last minute cerita rupanya mereka yang jauh sanggup dtg jauh nak makan durian . 

Jadi apa lagi jamu Talam Durian sikit dekat korang 
TIADA RESEPI DISERTAKAN KERANA INI BUKAN UNTUK BAGI RESEPI
Sedapppppp...bila durian fresh 


Putri dania pun nak jamu mata korang dengan durian dia. 

Sampai disini sahaja . 
saya update lagi cerita kisah musim durian pada tahun ni yer...







Wednesday, 25 February 2015

RUMAH IDAMAN HATI

Dalam pada sibuk berkerja saya boleh lagi berangan-angan mak jenih sikit...
erkk...bukan mat jenin yer ..ini nak capai impian punya hal .

Saya memang dari dulu teringin rumah al-ala english sebab sukakan buga-bunga yang cantik dan warnanya yang lembut tu . Bukan nak mcm orang puteh sangat pun ...

contohnya macam gini







Lembut sangat warna dan  penglihatan saya 


Namun Saya tahu suami tak sukakkannay . Saya pernah suarakan  . Dia kata ada anak-anak susah nanti rosak dan sebagainya. 

saya terfikir kenapa mesti anak di jadikan sebagai halangan atau alasan untuk capai sesuatu yang kita inginkan . 

Tersangat rasa entah apa-apa lah kan . 


Saya tetap nak buat impian say aini tercapai suatu hari nanti. Saya suka . bagi saya pandangan say sangat sejuk dan selasa. Tak perlu perhiasan yang banyak kerana nanti berhabuk dan kami anak -beranak alah pada habuk. 

cukup sekadar Kerusi @ Sofa , Meja kopi beralaskan cotton yang cantik 
Langsir bunga-bunga yang berterabur 
Hiasan @ wall picture yang cantik dans ejuk mata
Kalau tak mampu pun cat colour yang sejuk dan seakan-akan pun dah ok . 
Bilik tidur yang sama seperti apa yang saya ingin kan ...


Dah selesai cuci matakan . 
Jom solat Asar 
Waktu pun dah sampai ..


Dadaaaaa,,,,jumpa lagi