Snow

Monday, 18 May 2015

MUSIM DURIAN KEMBALI

Salam semua pembaca blogku. 

Kini musim durian akan datang lagi 
Kali ini saya dah dekat nak bersalin dah woiii....
durian mai pulak 

Tapi masa saya mengandungkan anak No-2 
1 hari sebelum saya masuk labour room saya masih sempat balik kampung kutip dan makan durian 
Pulak tu durian pasai saya dapat makan . 
Memang rezeki anak 

Keluar anak no-2 gila tengok durian , gila makan durian , semua pasal durian dia orang pertama yang sangat happy 
kami tumpang happy tengok dia. 

Ini dia Putra Dani Huzaimi nama di beri 

Masa ini dia berumur 2 tahun 

Durian kalau beli ..mahai oiiiiiii, nasib baik kami orang kampung jadi nak makan durian di musim durian tu ada juak merasa, 

Dan nak tanyang sikit Selfie suami ku bersama durian yang dia kutip 
Jangan tak tahu dia kutip seorang diri yer,,
Bapak ku hanay membantu sikit-sikit sahaja. suami ku memang suka mengutip buah durian , 
Kalau balik kampung kutip durian bagi lah padanya. Dan durian tu dia tidak makan sangat pun. Kalau makan dia akan makan yang sedap sahaja. 

Ok musim kutip durian 

Mulalah dia keluarkan apa barang nak di bawa balik kampung 
  • Sarung tangan 
  • Kasut 
  • Stokin 
  • Baju make sure lengan panjang
  • Ubat nyamuk (Memang Untuk Kami) 
  • Tikar ( untuk Isteri dan anak-anak dia ) 
  • Air 
  • Makanan sampai petang dia siap beli 
  • Baju anka-anak 
  • Tuala 
  • Selipar 
  • Parang 
  • Bekas kosong ( Ini lawak sebab dia tak suka menbazir. durian yang lama dia kopek isi dalam bekas ) 
  • Segala Plastik besar 
  • Guni kalau ada 
  • Jangan lupa Troli 
Ini dia takkan lupa . Belum kebun sendiri, Kalau kebun sendiri tak tahu macam mana suami ku . 
Nak tengok dia selfie dengan durian hasil kutipan dia.





Syok dia jamu korang dengan duriankan . 

Boleh meniaga tepi jalan sepanjang balik tu . Tapi durian siapa tak sukakan . Jadi balik rumah beragih adik beradik sebelah saya dan suami. Bagi jiran tetangan sikit-sikit 

Kami sikit wahhhh.....memang seronok 
sampai muntah cium bau durian ini 
Nak bagi kawan opis takut mereka tak nak datang jauh. 
Last minute cerita rupanya mereka yang jauh sanggup dtg jauh nak makan durian . 

Jadi apa lagi jamu Talam Durian sikit dekat korang 
TIADA RESEPI DISERTAKAN KERANA INI BUKAN UNTUK BAGI RESEPI
Sedapppppp...bila durian fresh 


Putri dania pun nak jamu mata korang dengan durian dia. 

Sampai disini sahaja . 
saya update lagi cerita kisah musim durian pada tahun ni yer...







No comments: