Snow

Thursday 19 April 2018

KENANGAN BERMALAM DI BILIK BERHANTU DI KELANTAN

Hari ni saya tiba-tiba saya terasa nak share satu kisah yang berlaku pada tahun 2014

Ketika itu kami sekeluarga bercuti ke Kelantan. Saya bawa Ibu mertua saya kerana saya mengasihinya. Saya bersama suami anak lelaki perempuan kami dalam anggaran 4 tahun , dan 1 tahun bersama anak lelaki kami dalam lingkungan 3 tahun. Kisahnya kami ingin menghadiri satu Majlis Perkahwinan kenalan di Kelantan di samping itu kami sekeluarga mengambil peluang untuk bercuti dan shopping .


Saya ringkaskan cerita, Saya bercadang nak booking hotel sebelum sampai ke Kelantan tapi suami menghalang. Katanya dia mahu Walk In sahaja kerana mahu Hotel betul-betul berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah. Jadi saya membatalkan niat dan mengikut kata suami.

Kami Sampai di Kelantan pada Pagi Sabtu. Selepas menyiapkan anak di Perhentian kami terus menuju ke Majlis perkahwinan yang agak jauh ke kawasan pendalaman. Walaupun kami sesat beberapa kami tapi saya cuba untuk sampai kerana tak mahu mengecewakan kenalan saya .

Selepas semua urusan selesai kami terus bergegas ke Rantau Panjang untuk membeli apa yang diinginkan. Selesai urusan membeli belah hari sudah lewat dan hampir Maghrib. Kami segera bergegas ke Bandar Kelantan untuk mencari Hotel berhampiran . Kami gagal kerana hari sudah agak lewat. Suami tetap bertegas mahukan Hotel berhampiran Dengan Pasar Siti Khadijah dengan alasan dia tidak mahu susah keesokkan harinya.

Saya hanya menurut, suami cuba memdapatkan bilik di sebuah Hotel berhampiran sebelah TNB bandar Kelantan. Pada mulanya hanya suami yang turun kerana anak-anak semua sedang tidur dalam kereta.
Suami memberitahu tiada bilik kosong memandangkan hari ini hari minggu. Saya agak bengang kerana saya sudah mengangaknya. Saya bertegas menyuruh suami cuba untuk bertanya sekali lagi.

Sesudah itu suami kembali kereta dan memberitahu , Ada satu bilik kosong tapi hanya ada 1 katil Queen dan biliknya agak kecil. Saya bertanya pada Mertua saya. Dia menyatakan tidak kisah janji dapat merehatkan badan untuk semalamam. Kami terus berkemas dan naik ke bilik Hotel dengan harapan akan dapat menrehatkan badan. Pertama kali saya masuk ke Hotel itu ada ada Nenek tua bersama Suaminya duduk di tangga Hotel seperti menunggu seseorang. Saya tidak mengindahkannya dan terus naik . Sesampai di bilik kami saya masuk dan memberi salam. Bilik kami agak hujung kebelakang tetapi masih ada 1 bilik  bersebelahan. Suasana dalam bilik sangat suram dan menyeramkan. Hanya 1 lampu sahaja yang menyala dan lampu tersebut berwarna Kuning . Lampu lainnya rosak. Almari bajunya berdebu seperti tidak pernah dihuni oleh sesiapa. Ada satu katil lengkap dengan bantal dan selimut. Ada Satu Tilam single usang di hujung katil. Ada satu meja solek. Bilik ini langsung tiada cermin saya terfikir bagaimana saya mahu bersiap-siap esoknya jika langsung tiada cermin. Hairan. Hati sudah rasa tidak sedap saya bersuara pada suami untuk berpindah ke bilik lain kata suami hanya ini satu bilik yang tinggal . Harapan saya hampa.
Bilik airnya tiada pintu "OPEN" tetapi tersorok. Lantai bilik air seperti ada orang selesai mandi , basah , dan air di shower masih menitik. Pintu almari rosak tetapi almarinya ada satu cermin transparent jadi saya berfikir boleh gunakan cermin tersebut nanti.

Kami bersiap-siap mandi dan ingin pula turun makan malam dan melihat suasana malam di Kelantan.
Berjalan ke Wakaf Che yek dan malam malam di sana . Ku lihat Mertua ku sangat letih tetapi dia masih nak berjalan dan mengikut ku kemana sahaja ku pergi. Jam hampir 12 malam . kami segera pulang ke Bilik Hotel. Hotel ini tiada parking Khas memandangkan ianya terletak di Sebelah jalan besar. Kami hanya parking di Tepi jalan sahaja. Memjinjing makanan yang di beli dengan harapan dapat makan si bilik nanti. Walaupun dah agak lewat tapi kami masih berasa lapar kerana tidak dapat makan malam yang sempurna malam ini.

Ketika Kami sampai di Lift saya terserempak dengan Nenek yang sama bersama suaminya sedang menunggu lift . Dia menyapa saya sangat ramah. " Menginap di sini nak . " sapaannya sangat lembut penuh keikhlasan. " Ye Nek" .

Bermalam ini sini berapa lama ?
Oh ...tak lama pun esok dah nak balik. tumpang rehatkan badan sahaja.
Nenek tinggal di sini jugak,
Nenek balik esok
Nenek ada majlis kahwin esok katanya.
Oh ye kami pun menghadiri majlis kawen rakan .
Perbulaan saya dan nenek tu terhenti apabila saya sampai di aras bilik saya. dan tak sangka nenek tersebut duduk sama aras dengan kami. Nenek itu memberi laluan kepada kami sekeluarga dahulu untuk turun

Erkk...nenek tak turun sekali . Oh tidak nenek duduk di aras bawah , tingkat 3.
Oh salah level yer . OK nek hati-hati . semoga berjumpa lagi.

Kami masuk ke bilik dengan riang tapi anak kecil ku diam membisu langsung tidak bersuara.
Masuk ke bilik. Fuuuhhhh....suramnya terasa seram. Selesai menunaikan solat Isyak kami terus ingin tidur . Maklum dan penat. anak-anak semua tidur diatas katil bersama saya dan suami . Ibu mertua ku tidur di tilam single berhampiran pintu keluar.

Selesai menyusukan Danischa, aku terlelap. Tetapi sepanjang malam tidak dapat tidur yang lena seperti terasa ada seseorang yang memerhatikan kami di dalam bilik berkenaan. Danischa terjaga dan menangis sepanjang malam. Aduuhhhh aku sudah penat dan suami juga penat.

Ku kejutkan suami katanya dia sudah penat. Aku menduduk danischa dan memujukkan makin kuat tangisannya seperti menunjukkan sesuatu. Aku sudah mula rasa sesuatu pernampakan hitam besar di belakang pintu berhampiran ibu mertuaku. Aku nekad kejutkan suami ku . Dia tetap katakan yang dia penat. Anak-anak sudah lena tidur kerana kepenatan. Aku menyarung tudungku dan terus keluar bilik.
Berada di luar bilik danischa diam dan berhenti menangis. Semasa ku keluar ada seorang perempuan juga keluar dari bilik di hadapan ku dan menyapa ku .

Anak menangis ye dik.
Ye kak ....
Penat kot pujuklah bawa ke lobby bawah.
Aku mengikutnya turun ke Lobby.

Kakak itu bersama suaminya check-out keluar bilik rupanya tengah malam ini . Hairan
Lantaklah aku dah penat . Nak tidur je dalam kepala otak ini .
Sampai lobby Danischa diam dan terus tidur . Bila danischa dah lena ku bawa naik ke billik.
Masuk sahaja bilik terus ku letak dia diatas katil. Baru ku nak lelapkan mata Danischa dah mula menangis seperti kesakitan dan meronta-ronta ku panik. Terus mengejutkan suami. Suami ku memujuk danischa dan mendukungnya. Danischa terus menangis , Ku bertegas bercakap menyuruh suami membawa danischa kebawah.

Saya penat esok nak driving  Tadi Dah driving pun penat awak tidur je dekat sebelah
Aduhhhh....oklah
Saya bawa danischa ke lobby hotel.

Keluar sahaja dari bilik ku lihat nenek tadi baru kelaur dari sebuah bilik bersebelahan dengan ku .
Bersama suaminya dengan membawa beg baju .
Erkk....tadi katanya duduk level 3 , buat apa dia sini .

Malas nak bertanya ,
Nenek tu senyum terus memandangku. Suami nya langsung tidak mahu berpandangan denganku.
Kami naik satu lift. Ku lihat luggagenya banyak ...
Duduk berdua tapi beg macam duduk satu keluarga .

Ku bawa danischa duduk di kerusi berhampiran kaunter .
Danischa tetap menangis.
Malu pulak rasanya
Ku bawa danischa keluar hotel duduk ditembok tepi tangga hotel.
Erkkk nenek tu jugak duduk disitu dengan beg-beg dia
Wahh, geram pulak aku nak jugak bertanya

Nek tunggu sapa dah lewat ni ?
Saya dah check out , tunggu anak ambil. Dia punya rumah dekat sini . tapi kami duduk di Hotel. Katanya lebih selesa kami duduk sini .
Dah tengah malam ni nek kenapa tak tunggu esok .
Nak sudah jam 3 pagi bukan malam lagi dah nak subuh kami kenalah keluar segera.
Oh yeke. Malas nak pikir banyak dah penat .
Ku masuk duduk di kerusi lobby dan tertidur di situ bersama Danischa di bahu ku.
Terjaga dari tidur fuhhhh sakit tengkok . Tengok nenek tadi dah pun tiada .

Terus ku tanya pada budak kaunter .
Dik Jam berapa sekarang?
Hampir jam 4 pagi katanya.
Nenek tadi anak nya sudah ambik yer?
Nenek mana pulak kak.
Yang check out tadi
Hotel kami ni pagi-pagi mana ada orang checkout paling pun jam 7am esok sahaja kak .
Ye ker ....Malas nak fikir terus naik ke bilik.

Ketika dalam Lift seramnya rasa.....Macam ada ramai pulak dalam lift
Sampai di Tingkat tiga lift terbuka sendiri.
aik....Ermmm terus tutup pintu lift dan naik ke tingkat 4
Masuk sahaja bilik dengan harapan Danischa akan tidur lena sehingga esoknya.
Ku masuk bilik memang bilik tak berkuncilah sebab semua dah tidur lena.
Masuk sahaja melalak danischa, Aduiiii daku dah penat mengantuk .
Ku lihat ada satu lembaga hitam tak bergerak duduk di belakang pintu .
Ku baca segala macam ayat. Ku ke bilik air untuk membasuh kaki
Bilik ait tetap basah seperti seseorang baru selesai mandi dan air shower tetap menitik .
Aku dah mula syak sesuatu .Tapi badan memang dah tak larat. Ku ambik wuduk dan terus menunggu dua lagi anak ku letak mereka berhampiran neneknya dan ku baring di katil menyusukan danischa dengan harapan dia kaan tidur . Danischa tidak mahu menyusu dan menangis sebolehnya . Ku marah pun dah tak guna kerana aku dah mula syak sesautu .

Nekad ku bawa danischa keluar dari Bilik dan nekad mahu tidur di lobby.
Lama ku tunggu lift untuk turun tapi lift tidak juga naik keatas. Ku nampak nenek tadi keluar dari biliknya .
dia berseorangan tiada suaminya.

Erkkk...orang tua ni bukan kata tadi dah anak dia ambik ke
Arrrrggghh.....nekad tak mahu bertanya lagi . Ku diamkan diri.
Ku sangka nenek tu mahu naik lift bersama tapi dia terus jalan ke bilik belakang ku dan hilang macam tu sahaja.

Daku malas nak ambik tahu lagi. ini hotel tak guna
Sampai di lobby nekad nak marah budak di lobby. Sampai je Kaunter .
Kaunter kosong tunggu punya tunggu tak ada jugak orang .
Daku membawa diri duduk di tembok tangga luar hotel.
Tiba-tiba ada seorang pakcik tegur
" Nak hati-hati duduk sini , Dah pagi macam ni jalan lengang . Hotel pun kosong . Takut nanti ada orang jahat datang , ragut ke awak nak lari mana. Baik anak tunggu didalam lebih selamat. "
" Terimakasih"

Hati ku  dah hampa , ku diam saja dan terus duduk di sisi tangga. mengenang nasib yang tak dapat tidur yang selesa. Ku masuk dan duduk di kerusi dan tertidur . Tak lama selepas tu suami datang dan ajak kami duduk di dalam kereta . Di hujung mata ku lihat di kaunter tetap tak ada orang.

Suami ku bawa ku tidur di dalam kereta dan dia bawa ku pusing-pusing bandar kelantan.
Sejuk dingin daku dan danischa lena tidur. aku terjaga sedar-sedar dah bising dan ramai orang sedang makan dibelakang hotel. ohhh ada kedai makan .
TNB jugak dah buka dan aduhhhh malunya sure ramai yang tengok ku tidur di dalam kereta.
Di kelantan pada hari ahad mereka bekerja seperti biasa.

Aku masuk ke lobby hotel ku lihat di kaunter tetep tak ada orang. " HOTEL GILA" dalam hati berkata
Terus naik ke bilik nak tengok apa lah cerita anak aku berdua tu aaknya.

Masuk sahaja mereka masih lena tidur . Ku kejutkan dan siapkan mereka mandi .
Kami bersiap-siap terus keluar untuk sarapan pagi di belakang Hotel dan selesai makan,  kami teruskan berjalan kaki ke Pasar Siti Khadijah. selesai berjalan kami terus makan ke kedai Nasi Ulam di Kawasan Pejabat Kerajaan Kelantan.

Selesai makan aku bersuara, Balik Hotel ini mandi, kemas barang dan terus check-out.
Kami dah warning suami . Aku tidak mahu duduk dan tinggal lama di hotel itu. Penat dan stress.
Sesampai di bilik Hotel. Suasana lebih cerah . Cahaya matahari masuk ke bilik dan bilik nampak seperti bilik tinggal dan tidak pernah ada penghuni duduk di bilik itu . Aku terpikir malangnya nasib ku bersama anak-anak. Segera ku melihat kebilik air....

Fuh, Cahaya matahari yang bergini terik air di lantai tetap tidak kering?
Mustahil !!! menjerit dalam hati.

Aku mandi bersiap dan terus check-out.
Suami selesaikan semuanya . Untuk melihat budak di kaunter juga menyebabkan aku marah .
Aku rasa ini lah kenanangan pahit yang pernah aku rasa ketika menginap di hotel
Pada mulanya aku ingin rahsiakan perkara ini kerana inigin menjaga nama baik  Hotel
Tetapi terfikir Hotel ini akan terus anianya orang yang terdesak macam kami .
dia tetap kenakan bayaran pada mereka yang duduk di Bilik itu.


Ini Hotelnya , Nama hotel ku dah buang still tak mahu aibkan hotel 
Tapi Hotelnya pandai-pandailah korang kenalpasti supaya tak terkena. 

Selesai masukkan barang dalam kereta , Tidak lagi ku pandang kearah hotel. Terasa seperti ada seseorang yang sedang melihat kami dan melambaikan tangga mengucapkan selamat tinggal . 
Bergerak sahaja kereta kami masing-masing mengeluh....
Rupanya suami ku juga telah perasan suasanan malam tadi. Tapi dia terlalu penat . Mertua pula bersuara anak ku yang lain tidur lena katanya. Bila ku tanya pada nya dia kata . Dia tak nampak apa-apa yang pelik dan menankutkan sepanjang malam itu. Katanya mungkin danischa penat. 

Ermmm....suami bawa kami pusing-pusing bandar Kota Bahru Kelantan ini. Wahhh banyak gila hotel . Kenapa malam tadi kami langsung tak nampak hotel-hotel ini. gia stress.....

Gelak sekejap mengenang nasib tidor di bilik berhantu. Geram pun ada . Kami teruskan perjalana pulang ke Kuala Lumpur. 

end. 

True Story 
~ Love ~ 
Nurul Bon 


No comments: