Snow

Tuesday 24 April 2018

PERGINYA MERTUA KU YANG SATU

Assalamualaikum.....


Hari ini ku berhasrat untuk menuls mengenai mertuaku, Mungkin dengan penulisan ku ini dapat melepaskan dia pergi dan redha dengan permergiaannya.

Pada 8 april lalu , Pada hari ahad lebih kurang jam 7,30malam selepas masuknya waktu maghrib.
Mertua ku telah pergi kerahmatullah , kembalinya dia kepada pencinta_Nya. Saat ini ku baru selesai mengerjakan dolat maghrib dan berhasrat untuk membacakan yassin untuknya supaya lebih kuat. Beli sempat ku membacakan yassin ku telah mendapat panggilan telepon dari suamiku .

" Sayang, .......Saya nak bagitahu ini mak dah tak ada"

Tiada tangisan dan kata-kata dapat ku lepaskan kerana aku terasa amat ralat kerana tidak berada disisinya pada saat terakhirnya. Maafkan nurul mak.....nurul tak teman mak di saat mak pergi untuk kali terakhir.
Cucu-cucu mak jugak tak dapat bersama ketika itu. mak tak dapat menyentuh mereka untuk kali terakhir.
Nurul mohon ampun dan maaf kerana tak dapat bawa mereka untuk terakhir kalinya.

Sayang......maafkan saya kerana tiada berada disisi mak awak ketika di saat akhirnya . Saya bermohon ampun seluruhnya kerana tidak bersama awak disaat akhir mak pergi. Ya Allah kau berikanlah rasa tenang untuk ku melepaskan ibu mertua ku pergi . Sesungguhnya kau yang maha mengetahui apa yang tersirat di dalam hati ku ini . Aku tak rela melepaskan engkau pergi . rindu kasih dan sayang ibu mertua ku tak terhenti kerana kasih sayang nya yang sangat ikhlas untuk ku dan anak-anak ku dapat ku rasakan.

Mak, Nurul akan sentiasa berdoa supaya kita dapat bertemu disana nanti. Nurul nak peluk mak sekuat-kuatnya kerana rindunya tidak dapat di lepaskan jika tiada pengantinya Anak mak setiap malam demam. Hari siang dia sihat malam jer dia demam, Nurul tahu dia rindukan mak tapi apakan daya nurul sebagai seorang isteri dah cuba untuk dia melupakan mak . Tapi tiada ibu dapat di lupakan sehinggalah keakhir hayat kita.

Mertuaku menghidap kanser usus tahap 4, Kasihannya dia sepanjang hidupnya tidak pernah skip  ubatan dan lawatan ke klinik untuk membuat rawatan awal . Tapi klinik atau hospital tidak pernah untuk menjalankan rawatan atau pemeriksaan bersunguh-sungguh.

Mertua ku kerap demam dan kelihatan sangat letih . abang ipar ku bawa ke klinik dan hospital tapi tiada pemeriksaan yang bersungguh. Ibu mertua ku di bawa lagi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana katanya dia kerap sakit di bahagian bawah perut dan tangganya tidak dapat di angkat dengan baik. Tiada pemeriksaan kerana bagi mereka orang tua sakit adalah biasa.

Klinik yang di lawati adalah Klinik kesihatan selayang dan Hospital Selayang.
Terkilanya kami dan beliau kerana tindakan doktor yang melayannya sambil lewa.

Mertua ku telah teruk ku bawa dia ke Hospital Putrajaya. tindakan pantas hospital putrajaya untuk melakukan rawatan dan pemeriksaan menyeluruh mendapati mertua ku sudah pun di tahap 4 - kanser usus yang mana mempunyai ketumbuhan besar di dalam ususnya.

Ku terpanggil rasanya untuk menyelar Dr Rafidah yang sering bgtau rawatan awal kehospital dapat meyelamatkan nyawa.
Mertua saya tidak pernah tidak membuat pemeriksaan tapi mengapa doktor tidak mahu membuat pemeriksaan yang baik dan betul . Jika saya dan suami tidak mengambil keputusan sendiri mambawa mertua saya ke Hospital Putrajaya . Mungkin sehingga kini kami tidak tahu mengapa dia pergi. Mungkin juga kita tahu dia akan pergi kerana sakit tua atau sebaliknya. Mertua ku dari luaran nampak sangat sihat cuma kurus dan lesu kerana tidak mahju makan .

Secara logiknya arwah telau memberitahu dia kerap berak walau pun di tenggah malam . Perut yang kerap merasa sakit. lesu tidak ada selera makan, tekanan darah yang rendah . darah yang tidak cukup, tiada tenaga, ada satu masa ketika arwah tidak ada tenaga langsung, Doktor di Hospital selayang memasukkan air kedalam badan beliau tapi tidak di tahan di ward sebaliknya hanya di kawasan pesakit luar . setelah selesai beliau di arahkan berehat sahaja. Jika doktor membuat rawatan awal mungkin beliau boleh di selamatkan!!!!

Cukuplah untuk hari in say berasa sangat letih untuk melawan jiwa saya ketika menulis cerita ini .


LOve
Nurulbon
" Kisahcintaku"

No comments: