Snow

Tuesday 21 March 2017

ANAK SATU BEBAN UNTUK ANDA BUKAN SAYA

Assalamualaikum....

Rasa posting saya hari ini agak panas dan mengikut kata hati ketika saya menulisnya
Terasa terpanggil sangat hendak menulisnya apabila saya rasa tajuk ini agak keterlaluan .

Pertama ramai golongan kita yang takut nak beranak lagi
Takut nak ada anak lebih dari 1 atau 2 orang
Dengan keadaan ekonomi sekarang ramai yang ambik keputusan tak mahu beranak
Pampers mahal . susu mahal . keperluan bayi sangat mahal
Bila saya suara kan setiap anak ada rezeki masing-masing . Allah dah tentukan dia lahir kedunia dengan membawa rezeki kepada orang tuanya samaada lambat dan cepat.

Sabar dan redho adalah kunci yang buat kita lebih kuat dengan yang maha Esa
Namun Mereka tetap nafikan dengan tambahan Lebih baik mencari Kualiti anak-anak dari kuantiti anak yang ramai

Persoalannya siapa yang mendidik anak kita
Awak sendiri . Kita yang mendidik anak kita bukan orang sebelah mahupun jiran sebelah rumah.
Jadi kualiti anak kita adalah dari tangan dan acuan kita.
Mengapa kita mengeluh. Dapatkan Bantuan dari Allah. Dia yang memberi dan dia tahu kita mampu dengan tidak megikut nya.

Jika kita katakan masa depan mereka masih jauh jadi kita tak tahu macam mana hendak menulis cerita cinta hidup dengan anak-anak.

Ya Allah, Kenapa berpra-sangka buruk terlalu awal. Mohon dari Allah. Jangan sesekali takut dengan ujian Allah. Masa kecil kita susah menjaga mereka. tunggu mereka besar dengan doa dan berkat dari Allah .
Anak kita adalah yang terbaik dari yang lain. Panggil anak dengan pangilan yang baik . Jangan takut dengan pemberian dari Allah.


" Saya memang mendidik anak. Tapi anak bukan 24jam ada bersama saya . saya tak tahu apa dia buat belakang saya " 

Ibu ayah .......
Doa kan mereka di jaga oleh Allah.
Allah pelihara anak dan keluarga kita Jika kita meminta pertolongan darinya 
Dah doa ke belum ini . Kalau musibah terjadi . Itu sudah kehendak Allah 
Ingat lah bahawa setiap kejadian adalah dari Allah , Anak yang lahir juga dengan izin Allah 
Allah yang beri dia nyawa dalam perut kita .

Saya bukan seorang ustazah mahupun seorang cerdik pandai bidang agama. '
Tapi rasa rasa amat sedih dengan hinaan orang yang menghina kelaurga yang anak ramai . 
Seorang ibu yang beranak tak henti kerana nafsu serakah kononnya. 
Korang tahu ker nafsu dia macam mana. Korang bersama dia ketika dia bersama 
Atau korang tilik dia dengan suami dia. Kalau setahun sekali bersama pun tapi Allah nak beri tetap ada. 


Kawan-kawan saya ramai yang mengeluh kerana mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata. 
Mereka jawab pada saya. Setiap hari mereka bersama suami tapi tak pernah letak walau sekali . 
Korang tahu tak setiap malam tapi tak pernah ada. Maknanya Allah tak nak beri. Belum masa yang sesuai Allah nak bagi. 

Cari Redha Allah atau Allah berikan anda satu tanggungjawab lain 
Mungkin untuk menemani Kedua orang tua anda. 

Dalam ahli keluarga lain hanya anda masing belum di kurnaikan Cahaya Mata
Namun bila hal pembelajaan dan kesihatan orang tua Andalah orng pertama yang membantu
Kerana Allah tahu adik beradik anda tidak mampu dengan anak meraka yang ramai. 

Allah beri rezeki dalam pelbagai bentuk. Cuma kita yang menilai rezeki kita. 
Jangan mengeluh dan marah dengan apa yang ada. Percaya lah pada setiap rezeki dari - Nya 

Kalau bab rezeki semua cakap " Ya saya percaya rezeki dari Allah"
Tapi anda mengeluh. menidakkan rezeki yang Allah beri. 
Allah beri anak sebagai jalan rezeki terbaik kerana dia tahu masa depan kita bagaimana. 
Jangan marah dengan Allah. Sabar lah dalam apa jua bentuk. 

Kita tengok orang lain kaya 
Kita tak tahu apa Allah dah ambik dari mereka. 
Jadi kita belum dapat mungkin kerana kita belum cukup berdoa dan bersungguh memohon dari nya. 

Saya menulis kerana saya seorng ibu 
Saya mempunyai cahaya mata yang rapat. 
Setiap kali saya memohon dari Allah rezeki yang banyak Allah berikan saya satu nyawa dalam perut saya 
Allah berikan saya seorang lahir ahli syurga . 
Pada mulanya saya mengeluh. Lama kelamaan saya redha kerana saya tahu itu adalah rezeki dan harta saya yang tiada harga nya. Meraka lebih berharta dari sebuah kereta mewah , dari sebuah rumah banglo dari seluruh harta dari seluruh dunia. Meraka adalah nyawa yang lahir dari rahim saya. 
Setiap kali ssaya down mereka berikan saya semangat 
Setiap kali itulah rezeki saya melimpah . Rezeki dan makan minum kami tak pernah putus. 
Saya tidak pernah menolok setiap rezeki Allah beri. Saya redha biar apa jua keadaan. 

Love 
Nurulbon 



No comments: