Snow

Thursday 12 December 2013

Maid yang suka menipu

Salam sayang semua,

Rasanya ramai yang tahu maid dari tanah Indonesia rata-rata memang suka menipu
Aduhai maid baru sudah sampai , ku harapkan dia adalah yang terbaik .
Berumur 30 tahun dan mempunyai anak 3 . Ku sangka emas rupanya abu...

Aku balik kerja malam ni, dapat tahu dia menangis saje dari jam 5 ptg sehingga aku pulang jam 8.30
Mogok tak mahu buat kerja dan jaga budak2 tu. Aku tanye dia kenapa menangis....


Sesi menipu 1

Aku : Bik, kenapa nangis2 , berkurung dalam bilik tak mahu keluar.
Bibik : Ibu saya lagi masuk rumah sakit. Sakit tenat....
Aku : oooooo....mana bik tahu, telepon tak ada di tangan .
Bibik : Saya tahu lah buk...ibu saya sakit . Suami nelfon dr kampung.
Aku : Suami telfon di mana. ?
Bibik : Diam seribu bahasa, kesat2 air mata . trus diam...pura2 sedih . buat muka kesian .

Sesi menipu 2.

Aku : bibik ni kenapa asyik main telepon , kerja tak buat. Telefon sana sini. Buat apa
Bibik : Saya mahu nelfon suami
Aku : telepon buat apa,, nanti ada urusan penting dia akan telfon bibik kan.
Bibik : Rumah di kg lagi mahu di lelong bank. Bank mahu ambil , sudah 2 bulan tak bayar.
Aku : oooo ye ke, kenapa tak bayar. Suami tak kerja ke
Bibik : Kerja tapi wangnya tiada. LAgi mahu wang ini. Bukk...tolong bukk..
Aku : tak kuasa mau layan. dulu pun ada mcm ni . bagi duit. kita tolong dia dpt dia lari...ceh
Bibik : Pura2 menangis ...
Aku : oh. bibik baru kerja di sini 2 hari . tak akan saya mahu bagi wang saya. Nanti bibik tipu saya mana saya tahu.
Bibik : diam ......

Lantak lah , Aku dah mula rasa keras hati dengan mereka ni.
Kerja tak tahu , itu tak tahu ...pelbagai masalah.
yang baru ini....Hari2 bangun demand mahu makan itu, ini., Siap masakan lagi...berani betul dia

Mana tak nye . Ibu mertua ku manja kan sangat pembantu rumah nya,
Dari dulu sehingga kini. Nak marah jugak aku rasa. Cakap byk kali . Tapi buat jgk

Sekarang aku dah malas nak layan bibik ni...





No comments: